Wednesday, 10 August 2011

INSANIAH Kini Menawarkan Kursus Sarjana Perbankan dan Kewangan Islam Secara Online


16 Mei – Kolej Universiti Insaniah dengan kerjasama Islamic Research and Training Institute yang berpusat di Jeddah telah mengadakan majlis pelancaran bagi kursus Masters in Islamic
Finance and Banking atau singkatannya MIFB melalui sidang video yang diadakan antara Alor Setar dan Jeddah.


Rektor Insaniah, Dato’ Dr Jamil Osman telahpun menyempurnakan ucapan pelancaran mewakili Insaniah manakala mewakili IRTI pula adalah Yang Mulia Dr. Ahmad Mohamed Ali, Presiden bagi Kumpulan IDB, telah memberikan ucapan beliau. Dengan itu, bermulalah fasa baru dalam pengajian peringkat sarjana di KUIN iaitu secara online.


Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus ini, sila layari laman web .
www.mifb.insaniah.edu.my


Article from KUIN

No comments:

Post a Comment