Satu pameran tahunan peringkat antarabangsa iaitu Malaysia Technology Expo 2010 dianjurkan bersama oleh Malaysian Association Research Scientists (MARS), MOSTI, MSC Malaysia, Nuclear Malaysia dan SIRIM telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) pada 4 – 6 Februari yang lepas. Bersempena dengan pameran tersebut, satu pertandingan berbentuk anugerah iaitu 9th Invention & Innovation Awards 2010 turut diadakan bertujuan bagi mengiktiraf saintis dan penyelidik yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengkomersilan penyelidikan dan pembangunan produk atau perkhidmatan. Pameran dan anugerah inovasi yang berprestij ini menarik hampir 500 penyertaan yang kebanyakkannya datang dari institusi-institusi pengajian tinggi awam tempatan dan luar negara. Penyertaan sulong KUIS membuahkan hasil apabila ketiga-tiga penyertaan dari pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Informasi (FTSI) dan Akademi Islam berjaya membawa pulang 1 pingat emas dan 2 pingat gangsa. Berikut adalah maklumat penyertaan dari KUIS.
Penyertaan dan kemenangan ini sekaligus meletakkan KUIS setaraf dengan institusi pengajian tinggi tempatan lain yang turut aktif dalam melahirkan kajian dan pembangunan yang mampu dikomersilkan di peringkat antarabangsa. | ![]() | |||||||
Diharapkan kemenangan ini dapat memberi satu titik permulaan yang terbaik bagi KUIS sebagai untuk bergiat lebih aktif dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang mempunyai nilai komersil yang tinggi di samping melonjakkan nama KUIS ke peringkat yang lebih tinggi dalam memartabatkan ilmu pengetahuan sejajar dengan moto KUIS yang dibanggakan, “Pemangkin Tradisi Ilmu”. Articles from KUIS |
Tuesday, 16 August 2011
KUIS Melakar Kejayaan di Invention & Innovation Awards 2010
Labels:
It nEwS FrOm iPtA aNd IpTs LiNk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment