Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) hari ini mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan siaran Rancangan Motivasi Bual Bicara “MATA KE HATI”. Majlis diadakan di Studio AUCMS di mana program sebanyak 13 episod tersebut dirakamkan. Rancangan ini akan disiarkan di ASTRO PRIMA menyaksikan Prof Dr. Muhaya Mohamad – Pengarah Perkembangan Peribadi & Profesional AUCMS sebagai Pengacara.
.
Prof Dr. Muhaya adalah nama yang tidak asing dalam dunia perubatan di negara ini. Beliau adalah pakar perunding mata dan merupakan wanita Melayu pertama menjadi Pengerusi Persatuan Doktor Mata Malaysia. Selain dari menjadi seorang pakar perunding mata, Prof Dr. Muhaya juga terkenal sebagai seorang penceramah motivasi. Mata ke Hati membicarakan pelbagai topik motivasi yang menarik di mana ianya memberi inspirasi kepada penonton dalam membina aura positif seterusnya menjurus kepada kejayaan hidup seseorang.
.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AUCMS, Dato’ Dr. Zainuddin Md. Wazir, selain daripada kejayaan dalam bidang akademik, kejayaan hidup juga bergantung pada faktor sikap. Inilah yang cuba disampaikan kepada pelajar dan kakitangan AUCMS khususnya melalui program ini.
.
“Pemikiran positif amat penting dalam menjana kejayaan hidup seseorang. Ianya akan melahirkan insan yang sentiasa proaktif dan sentiasa ingin maju ke hadapan.
.
“Sikap pantang kalah, optimistik, sabar dan sentiasa ingin membaiki diri merupakan teras kebahagiaan dan kejayaan seseorang,” tambah beliau.
Articles from AUCMS
No comments:
Post a Comment