Putrajaya – Universiti Tenaga Nasional, (UNITEN) Kampus Putrajaya akan menganjurkan pertandingan robotik “RoboGamez 2009†bagi tahun yang ke-empat dengan julung kalinya mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Fighting Robot Association, United Kingdom (FRA) di Dewan Seri Sarjana UNITEN, kampus Putrajaya pada 1 - 4 Oktober 2009.
Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk mewujudkan minat dan kesedaran dalam dunia robotik selain menjadi pentas bagi semua lapisan masyarakat terutamanya para pelajar untuk terlibat secara langsung dalam mempraktikkan aspek-aspek kejuruteraan dan teknologi menerusi arena robotik. Selain itu, pertandingan ini juga dapat menggalakkan para pelajar untuk menceburi bidang reka cipta dan inovasi yang masih belum diterokai bagi membolehkan negara menyumbang kepada pembentukan tamadun sains dan teknologi dunia di masa depan.
Prof. Dr. Mohd Zamri Yusoff, Dekan Kolej Kejuruteraan UNITEN mengatakan beliau amat berbangga akan usaha dan kerja keras para pelajar kejuruteraan UNITEN serta para pensyarah dalam merealisasikan pertandingan Robogamez ini.
Tambah beliau, “Robogamez 2009 merupakan sebuah pertandingan yang memerlukan para pelajar menjadi seorang yang lebih kreatif, inovatif serta mempunyai perancangan yang strategik untuk mencipta sebuah robot yang mampu menguasai pertandingan.â€
Tema pertandingan tahun ini merupakan “Rising of the Silent Tower: Resist or Surrender†yang memerlukan para peserta mencipta sebuah robot yang berkeupayaan untuk bertempur di dalam gelanggang “war zoneâ€. Antara kategori-kategori yang dipertandingkan termasuklah kategori terbuka, kategori sekolah menengah dan sekolah rendah. Pertandingan ini dijangka akan disertai hamper 160 buah pasukan terdiri daripada IPTA/IPTS dari dalam luar negara termasuk sekolah-sekolah menengah dan rendah dari seluruh Malaysia.
Hadiah utama pertandingan RoboGamez 2009 merupakan tiket penyertaan mewakili Malaysia untuk beraksi di pertandingan “U.K. Featherweight Championships†yang akan berlangsung di United Kingdom pada tahun 2010. Antara hadiah hadiah lain yang ditawarkan kepada pemenang-pemenang setiap kategori termasuklah piala, sijil dan wang tunai sebanyak RM 1000 (kategori Sekolah Rendah), RM 1500 (kategori Sekolah Menengah) dan USD 2000 (kategori terbuka).
Articles from UNITEN
aRTICLES FROM unite

No comments:
Post a Comment